MPP MMU MELAKA : Suara Mereka Mati????
Blog suara-suara...Pada ketika beberapa orang rakan MPP MMU Melaka sedang dalam berada dalam keadaan tertekan akibat ketidakpuasan hati dengan pengurusan MMU Melaka, beruap-ruap semangat untuk menjadikan blog ini sebagai satu medan 'petempuran'.
Namun... aktivis-aktivis pelajar yang terdiri daripada beberapa MPP MMU Melaka sendiri telah semakin matang dan bijak untuk membela nasib para pelajar MMU Melaka. Pengalaman-pengalaman hitam satu ketika dahulu (97/98) memberi pengajaran kepada segelintir daripada mereka untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Emosi para pejuang pelajar sekarang lebih senang untuk digarap melalui perjumpaan mahupun tawanan secara mental kepada pihak pengurusan MMU Melaka. Kerjasama yang baik dari pengurusan juga telah membuatkan MPP MMU Melaka tidak 'menjadi' dengan niat untuk membawa satu reformasi baru dalam dunia perwakilan pelajar.
Tindakan agresif oleh beberapa orang MPP MMU Melaka dalam membela beberapa kelab serta individu-individu(pelajar MMU Melaka) tidak diketahui umum khususnya para pelajar MMU. Walaupun ada segelintir pihak pengurusan yang tidak menyenangi tindakan agresif MPP MMU Melaka ini, namun 'hati kering' mereka telah membuahkan hasil (Tidak perlu disenaraikan kes-kes sensitif kelab/individu yang melibatkan bajet,maruah dll ).
Sokongan dan dorongan yang baik dari pihak President Office (PO), telah mengajar erti bersabar dan menyelesaikan masalah dengan rasional dan bukan emosional. Biro Kebajikan,MPP MMU Melaka begitu terhutang budi kepada pihak pengurusan yang banyak , membantu menyelesaikan masalah-masalah pelajar yang diutarakan oleh MPP MMU Melaka.
Suara MPP MMU Melaka tidak mati,suara segelintir dari mereka telah sampai ke peringkat nasional malah sehingga ke mesyuarat belia di Turki satu masa sebelum ini.
